Testimoni Berjaya Hamil #testimonitestermurah

WhatsApp 012 642 4559 Utk Pembelian OPK & UPT
Share

Testimoni Berjaya Hamil




Step by step guide dan tunjuk ajar diberikan kepada customer supaya mampu guna OPK & UPT dengan betul, selepas pembelian dibuat. Guide melalui FB inbox shj, tidak melalui whatsapp.. Mommy sukses hamil #testimonitestermurah

260
100000
50

Nak Baby Lelaki ke Perempuan ek? Boleh Ikhtiar..

WhatsApp 012 642 4559 Utk Pembelian OPK & UPT

Boleh ke nak usaha jantina bayi yang kita nak? Ye la, kadang dah ada semua anak lelaki, teringin jugak anak perempuan kan, vise versa.. Jadi, ikhtiarlah, tak salah… Menjadi atau tak, serah pada Allah… Kita berpandukan Sains, sedangkan Sains itu sendiri Allah yg buat.. So??? Tak perlu obses, niatkan sbg usaha je.. Jika anda hanya ikhtiar utk zuriat, jangan terlalu fanatik merenung OPK, more having sex, more chances to get pregnant.. Kalau dari lepas bersih haid tak bersama langsung semata tunggu +ve OPK pun, gawat gak kan… ALBUM TESTIMONI BERJAYA HAMIL DENGAN PENGGUNAAN OPK, INSYAALLAH GUIDE HINGGA SUKSES, KLIK SINI

Sperma membawa kromosom XY, manakala telur pula XX. Secara teori dan mata kasar, kita akan nampak bayi perempuan lebih berpotensi terjadi berbanding lelaki, TAPI kuasa Allah, ada yang tidak direzekikan anak perempuan..

Sesetengah sperma membawa kromosom X, dan sebahagiannya membawa Y. Jika X bersatu dengan X, maka terjadilah bayi perempuan, begitulah sebaliknya..

b or g

Jika Anda Berusaha Untuk Bayi Perempuan

it’s all about timing. Tingkatkan peluang untuk baby girl dengan bersama sebelum ovulasi, dan berhenti bersama semasa ovulasi.. Dalam erti kata lain, kalu buat OPK test, bersama sebelum dapat +ve OPK. Dah dapat +ve, berhenti bersama. Sperma mampu bertahan dalam badan wanita selama beberapa hari, dgn andaian semakin lama semakin lemah. Juga ianya melibatkan faktor persekitaran contoh ; kromosom Y perlukan keadaan beralkali untuk hidup. Jika berasid, mungkin ia akan terus mati. Jadi di sini, nampak peluang kromosom X bertahan lama lebih tinggi.

Jika usaha dengan OPK test , anda boleh cuba bersama semasa dapat Test Line yg agak gelap (progress).. Jangan pulak waktu terlalu kabur, sebab utk OPK, kabur tu tahap basal.. Untuk gambar di bawah rujuk cd15. Bagi pattern period yg tak lari terlalu jauh, cycle lari-lari +-10 hari, apa kata anda cuba bersama selang 2 @ 3 hari sebelum dpt +ve opk (masa ni kena konsisten check OPK tu, jgn skip, sbb awak takkan tahu bila +ve tu nak muncul.. Tapi kalau jenis haid sharp on time, takde masalah, boleh anggar je)

hampir

 

Perkongsian Pengalaman Sendiri (‘,’)

aku punye

Sejak 5 tahun lepas, semua batch OPK yg sampai, akak akan buat QC test.. Berlaku gangguan hormon utk kitaran bulan 8/2015, yg mana haid cuma datang sedikit shj, untuk tempoh 3 hari. cd5 unprotected sex dengan andaian jauh lg waktu subur, tp cd6 rasa tak sedap badan. Memandangkan dah boleh baca body language dan ovulation sign sendiri, akak terus buat OPK test dan hasilnya +ve, hehehehhehe, dah terlajak perahu, takleh undur balik. Walaupun selepas tu takde lg bersama, tapi Alhamdulillah Allah izinkan ia menjadi, cd21 dah +ve UPT dan with a big surprise & happiness, she’s expected a GIRL… ALLAHU… So, no harm to try right???

 

Jika Anda Berusaha Untuk Bayi Lelaki

Sekali lagi, nak usaha untuk baby boy juga perlu ambil tahu ovulasi. Cuma bezanya perlu tunggu bila OPK test dapat hasil +ve, supaya anda betul-betul hampir dengan ovulasi. Alasannya mudah, Y berenang lebih laju dan secara logiknya akan lebih cepat bertemu dengan telur & bersatu.

 

Perkongsian Pengalaman Pelanggan Kami (‘,’)

babyboy

 

 

Cara-cara Mengenalpasti Waktu Subur

WhatsApp 012 642 4559 Utk Pembelian OPK & UPT

CARA-CARA MENENTUKAN KESUBURAN (Bagi yang period tak tetap boleh cuba)

1. SUHU BADAN Suhu badan akan naik sedikit pada waktu subur disebabkan oleh peningkatan hormon yang mendadak. Kalau rajin, catatla graf suhu badan setiap hari. Cara ni agak leceh dan mungkin boleh jadi tak tepat kerana sekiranya anda demam atau kurang sihat, suhu badan anda juga meningkat.

suhu

Continue reading

Penggunaan OPK Lebih Tepat Berbanding Merujuk Kalender Menstrual

WhatsApp 012 642 4559 Utk Pembelian OPK & UPT

Ramai yg terlalu yakin dengan merujuk menstrual calender apps install di handphone tu sbg penentu kiraan waktu subur dan ovulasi.. Apps tu direka default setting ikut kita set, kalau kita set panjang kitaran 30 hari, kiraan selepas² tu hanya

Continue reading

Makanan Yang Membantu Kesuburan

WhatsApp 012 642 4559 Utk Pembelian OPK & UPT

mknn kesuburan

Monitor diet & gaya hidup anda semasa #ttc .

1) pilih makanan yg membantu kesuburan (suami isteri) .

2) jika ada pilihan organik, itu adalah sebaiknya kerana kurang risiko racun perosak .

3) di samping jaga pemakanan, perlu juga cukup tidur, dan cukup air (kurang air bg kesan pada sperma bg suami dan kurang mukus faraj bg wanita) .

Kebaikan Minyak Zaitun Dalam Menstabilkan Hormon, Recommended!

WhatsApp 012 642 4559 Utk Pembelian OPK & UPT

minyak zaitun

Haid bermasalah, hormon bermasalah, nak cari waktu subur pun bermasalah.. So, usaha TTC tu jadi sedikit sukar.. Test OPK dibuat utk menaggar waktu subur, kalau period bermasalah, nak main test je agak tak relevan .

Kalu tanya apa supplement atau jamu apa yang bagus, akak mmg takkan rekomen mana-mana jenama.. Based on my experienced, minyak zaitun, kurma & badam adalah sgt baik.. Tapi kenalah istiqomah, bkn makan ikut suka, makan nak buat ubat.. Bagi org Islam, eloklah disertakan dgn selawat syifa, Bismillah 5 dan apa² doa, bagi memohon keberkatan (INGAT!! USAHA TANPA DOA ADALAH SIA²) .

Adik ni dah beli bbrp bulan lepas, mula msg 3/8 yg lalu, selepas tgk kitarannya nampak agak bermasalah, so akak cadangkan minyak zaitun, alhamdulillah serasi.. Cantik dah kitarannya,#syukur .. Semoga berhasil dan menjadi lepas ni.. .

Minyak zaitun bagus utk regulate hormon.. Kalau tak bagus masakan Allah sebut dalam Al Quran “Demi buah Tin dan buah Zaitun” .

Tips Meningkatkan Kesuburan

WhatsApp 012 642 4559 Utk Pembelian OPK & UPT

tingkatkan kesuburan

1) Consume asid lemak baik, sgt membantu kesuburan.. Hormon itu kawalan dari otak, sbb tu kalau kita gembira, sedih, semua tu akan effect hormon dan secara langsung ganggu kitaran haid.. Minyak zaitun dan minyak ikan mengandungi omega, yg bagus utk fungsi otak.. Lemak baik juga sangat membantu dalam proses penurunan berat badan bagi mereka yg overweight .

2) Jangan campur² herba.. Akak faham penggunaan produk adalah salah satu usaha anda, tp ambillah dengan ilmu. Bukan sebab tgk iklan yang mengujakan shj.. Nanti takut lebih memburukkan keadaan dan datang penyakit lain pula, Nauzubillah. .

3) Ambil makanan seimbang .

Cantiknya aturan Allah, Dia nak badan kita betul² bersedia sebelum hamil.. Jika overweight, dan hamil pula, pertambahan lg berat badan 15 – 20kg, mungkin kita takkan mampu hadapi, beserta risiko penyakit.. #Subhanallah .

Bolehkah Guna OPK Sebagai Penguji Kehamilan

WhatsApp 012 642 4559 Utk Pembelian OPK & UPT

opk jd upt

Gambar di atas hasil UPT dan OPK utk akak yg sedang hamil .

Soalan paling lazim, boleh tak OPK jadi pregnancy test? Jawapannya, guna test yg spesifik untuk tujuan yg spesifik.. Mesti ada sebab kenapa ianya direka sebagai 2 entiti berbeza.. Hormon LH sentiasa ada dalam badan, sedangkan hormon HCG hanya akan hadir dalam badan jika awak hamil.. Dpt +ve UPT, takde ragu dah yg awak ni confirm hamil.. .

Ramai je pelanggan akak yg haid tak teratur dpt +ve opk pada cd30, dan tertanya², ni hamil atau subur? Jadi, kenapa perlu pening kepala? .

Ramai jugak yg buat eksperimen beli opk shj, dah dpt traced +ve waktu subur pun terus test lg, nak tgk pattern LH tu mcm mana jika hamil atau nak period.. Memandangkan LH sentiasa ada dlm badan, so eksperimen tu tak membuktikan apa².. Akak dah tgk pelbagai hasil OPK untuk wanita hamil, tak semestinya akan bg hasil +ve .

 

Ambil Tahu KItaran Haid Anda

WhatsApp 012 642 4559 Utk Pembelian OPK & UPT

pjg kitaran

KITARAN HAID ANDA AKAN JADI ANGGARAN DALAM MENENTUKAN WAKTU SUBUR… .

Nak hamil, TTC , paling basic kena ambil tahu kitaran haid.. Ada yg jawab “tak tahu, tak pernah catat, tak pernah kira”.. Akak memang dah jadi habit mencatat tarikh menstruasi sejak zaman sekolah lagi.. Elakkan semata² simpan rekod dlm HP anda shj, sbb reason paling famous ” hp hilang, hp format, data hilang etc”

Doa’ Untuk Dapat Zuriat

WhatsApp 012 642 4559 Utk Pembelian OPK & UPT

Sumber : Penulisan Dr Hamid Arshad, TQVM♥

Doa untuk dapat zuriat yang dimaksudkan ialah doa Nabi Zakaria yang maksudnya;

“Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu…”(Surah Maryam ayat 4-5)

 

Di baca sekali  Doa dari Surah Al-Furqan : 74

Maksudnya : Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang berdoa Dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara Yang menyukakan hati melihatnya, dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang Yang (mahu) bertaqwa.

Doa’-doa’ amalan lain:

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُسْلِمَةً لَكَMaksudnya:  “Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepadaMU dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepadaMU.”    (Al-Baqarah : 128)

  

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِMaksudnya:  “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”.  (Ali-Imran : 38)

 

 رَبِّ اجْعَلْ هَذَا الْبَلَدَ آمِنًا وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ أَنْ نَعْبُدَ الأصْنَامَِMaksudnya:  “Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala.”  (Ibrahim : 35)

 

 رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِBermaksud:  “Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”  (Ibrahim : 40)

 

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُBermaksud:  “Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapakku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).”  (Ibrahim : 41)

 

 رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًاBermaksud:  “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”  (Al-Furqan : 74)

 

 رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَBermaksud:  “Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.”  (Al-Ahqaf : 15)

Mudah-mudahan kita dapat beramal dengannya dan dikurniakan kita semua dengan zuriat yang soleh dan solehah, amin.

 

 

Hakcipta manusia dan segala2nya adalah hak Allah SWT , kita hanya berusaha untuk  dapatkan sesuatu – anak mithalnya, kita perlu berdoa kepada Yang Maha Berkuasa dan Pencipta alam semesta. Apa yan Allah berikan adalah yang terbaik, hanya kita tak memahami hikmat disebalik sesuatu kejadian atau peristiwa.

 

Faktor Lambat Dapat Zuriat, Dari Sudut Suami

WhatsApp 012 642 4559 Utk Pembelian OPK & UPT

KEGAGALAN pasangan suami isteri yang sudah lama berkahwin memperoleh cahaya mata bukan hanya disebabkan wanita, sebaliknya kajian pakar perubatan mendapati 60 peratus masalah itu berpunca daripada lelaki.

Pakar Perunding Perbidanan, Sakit Puan dan Ketidaksuburan Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) Dr Zamri Abdul Rahim, berkata masalah ini berlaku kerana lelaki lebih terdedah kepada pelbagai risiko yang boleh menyebabkan mereka mengalami kemandulan.

Beliau berkata, walaupun ketika dilahirkan seorang lelaki itu memiliki tahap kesihatan seksual yang normal, pendedahan kepada faktor persekitaran yang tidak sihat ketika mereka membesar akhirnya boleh menyebabkan mereka mandul.

“Antara jenis kemandulan lelaki berpunca daripada ‘varicoceles’ iaitu bengkak sekitar testis akibat saluran darah ke bahagian itu terkumpul seterusnya menyebabkan suhu sekitar testis lebih tinggi daripada suhu badan (sekitar 38 darjah celcius).

“Suhu testis seharusnya berada di bawah suhu badan tetapi jika suhu itu lebih tinggi, maka sperma gagal atau kurang dihasilkan,” katanya.

Beliau berkata, lelaki berisiko terdedah kepada varicoceles ialah mereka yang gemar memakai seluar ketat, sentiasa berada di tempat yang panas seperti persekitaran kerja, memandu terlalu lama dan gemuk.

“Banyak lagi sebab yang boleh menyumbang kepada peningkatan suhu testis. Lelaki gemuk berisiko menghidap varicoceles kerana kegemukan menyebabkan jarak antara kedua-dua pahanya semakin rapat sehingga menghimpit testis.

“Bagi mengatasi masalah ini, maka pembedahan perlu dilakukan bagi melancarkan kembali aliran darah berkenaan seterusnya menurunkan suhu pada bahagian itu,” katanya.

Beliau berkata, seluar atau pakaian dalam yang longgar dan kain sarung adalah pakaian terbaik bagi mengelakkan risiko varicoceles.

Kegagalan sperma untuk bergerak menuju ke ovum juga menyumbang kepada kemandulan lelaki dan ia disebabkan beberapa faktor antaranya air mani terlalu pekat selain sperma menjadi cacat akibat tindak balas kimia daripada alkohol, rokok, dadah atau ubat tertentu.

“Sperma yang tidak normal menunjukkan beberapa kecacatan antaranya tidak memiliki ekor bagi membolehkan ia berenang atau memiliki dua kepala. Dalam air mani, seharusnya 75 peratus daripada sperma adalah berkeadaan baik.

“Jika jumlah sperma normal kurang daripada 75 peratus maka ia akan menjejaskan peluang persenyawaan,” katanya.

Terdapat juga kes penghasilan antibodi dalam badan menjejaskan penghasilan sperma seperti penghidap penyakit beguk di kalangan lelaki dewasa manakala masalah mati pucuk yang berpunca daripada kurangnya aliran darah ke zakar turut menyumbang kepada kemandulan di kalangan lelaki.

“Suami isteri juga perlu memastikan waktu yang tepat untuk bersama bagi memastikan peratusan berlakunya persenyawaan adalah tinggi. Jika kekerapan bilangan bersama adalah empat kali seminggu, peratusan untuk isteri mengandung dalam tempoh enam bulan adalah tinggi,” katanya.

Selain kemandulan yang berpunca daripada faktor persekitaran, ada di kalangan lelaki yang memiliki ‘kecacatan’ sejak lahir yang menyebabkan mereka kelihatan sihat dari segi fizikal tetapi memiliki masalah mandul.

Dr Zamri berkata, kebiasaannya keadaan lelaki seperti itu akan diwarisi oleh anak lelaki mereka iaitu mereka tidak mungkin memperoleh zuriat menerusi kaedah persetubuhan.

“Ada antara mereka yang dilahirkan tanpa saluran ‘vas deferens’ iaitu saluran yang menyalurkan sperma untuk bergabung dengan air mani. Golongan ini hanya mampu mengeluarkan air mani tetapi tiada sperma,” katanya.

Satu keadaan lagi ialah bayi lelaki dilahirkan dengan keadaan testisnya tidak turun ke dalam kantung yang tidak saja memberi risiko kemandulan apabila bayi itu dewasa malah turut terdedah kepada kanser.

“Sehubungan itu, setiap bayi yang dilahirkan akan dipastikan testisnya berada di dalam kantung dan jika selepas setahun keadaannya masih tidak berubah, maka pembedahan perlu dilakukan,” katanya.

Beliau berkata, ada juga lelaki yang dilahirkan dengan hanya memiliki satu testis tetapi kajian mendapati 81 peratus daripada golongan itu tidak menghadapi masalah dalam kemandulan dan berkemampuan menjadi bapa.

Ketika diri masing-masing dimaklumkan bahawa mereka mandul, pasangan suami isteri itu tidak seharusnya saling salah-menyalahi antara satu sama lain sebaliknya perlu saling mendorong bagi menyelesaikan masalah itu.

Dr Zamri berkata, ini disebabkan dunia perubatan moden kini sudah menjumpai penyelesaian kepada masalah kemandulan di kalangan suami isteri sekali gus memberikan peluang untuk pasangan itu untuk menimang cahaya mata.

“Antara kaedah digunakan kini adalah persenyawaan bayi tabung uji atau lebih dikenali sebagai ‘Intracytoplasmic Sperm Injection (ICSI)’ dan kaedah ini tidak saja memberi peluang kepada pasangan untuk memperoleh anak malah juga anak kembar,” katanya.

Beliau berkata, kaedah ICSI dimulai dengan isteri diberi ubat tertentu bagi menggalakkan penghasilan telur (ovum) lebih banyak seterusnya telur itu akan disedut keluar. Pada masa sama, sperma turut disedut keluar daripada testis suami.

“Kemudian sperma suami akan dicucuk ke dalam ovum isteri dan selepas dibiarkan selama sehari, ia akan mula membentuk beberapa embrio.

“Kita akan memilih sekitar tiga embrio untuk disuntik ke dalam rahim isteri bagi memberikan lebih peratusan untuk hamil jika dua lagi embrio yang dipilih tidak hidup. Akan tetapi jika semua embrio membesar dengan baik, maka kemungkinannya adalah isteri akan mengandung anak kembar,” katanya.

Faktor Lambat Dapat Zuriat, Dari Sudut Isteri

WhatsApp 012 642 4559 Utk Pembelian OPK & UPT

Menurut kajian alam misteri, kegagalan sesebuah pasangan untuk mendapatkan zuriat kebanyakkannya berpunca dari faktor tubuh badan terutama dipihak isteri. Faktor kegagalan persenyawaan antara seperma dan ovum kebanyakkannya berpunca akibat ovum(telur) yg dihasilkan oleh sesaorang wanita yg kemudiannya berada disalur felopian akan rosak akibat adanya kesan dari kitaran darah haid yang tidak terbuang habis ketika proses haid mereka. Sisa darah haid yg kotor dan beracun ini akan memusnahkan ovum tersebut. Jika ovum tersebut dapat bertahan pun, seperma dari pihak suami pula akan rosak akibat racun itu.

Selain itu, adakalanya berpunca dari keadaan atau kedudukan sistem peranakan wanita itu iaitu terlalu kebawah dari kedudukan yang sepatutnya yang menyebabkan beberapa salur seperti salur felopian agak terlipat atau menjadi sempit sehingga menyebabkan seperma suami tidak dapat melaluinya untuk disenyawakan dengan ovum. Jika keadaan ini yang menyebabkan kegagalan persenyawaan benih tersebut, kaedah yang terbaik ialah membetuklan dan memulangkan sistem peranakan tersebut kepada kedudukan yang sepatutnya dengan kaedah urutan atau sengkak, kerana biasanya sistem peranakan itu jatuh kebawah akibat aktiviti lasak dsb.

Dalam keadaan darah haid yang tak keluar habis yang menyebabkan racun pembunuh benih berada didalam rahim wanita, Tentulah persenyawaan diantara ovum dan seperma tak mungkin berlaku iaitu ovum dan benih tersebut rosak atau terhapus. Dan zuriat yg ditunggu tidak mungkin hadir.

Selain itu, ada kemungkinan besar juga adanya peranan jin jin terutama jin saka yg menghalang proses persenyawaan tersebut. Jin jin ini akan memusnahkan seperma dari pihak suami atau kalau perawat biasa panggil benih(air mani suami) “dimakan” oleh jin jin yg duduk dan tinggal bermastautin dan beistana difaraj wanita itu.

Bagi rawatan alternatif ini, jika bukan disebabkan oleh jin jin iaitu kegagalan sistem tubuh wanita itu sendiri mengeluarkan semua darah haid yg biasanya menyebabkan senggugut atau penyakit keputihan, boleh diikhtiarkan dengan memperbanyakkan memakan pucuk pucuk muda (ulam ulaman-sebanyak banyaknya) bagi menuteralkan racun akibat tertinggalnya darah haid dirahim tersebut.

Selain pucuk muda, yang terbaik dan termujarab ialah dengan meminum air kelapa yang SANGAT muda iaitu kelapa yg hanya baru ada tempurung dan air sahaja tanpa ada isi sedikitpun walaupun yg belum berwarna-(jernih)… ingat, ini hanya untuk memastikan segala racun yg ujud akibat darah haid tertinggal itu nutral atau terhapus.

Selain itu faktor kegemukan atau kelemahan sistem peranakan itu sendiri dan kelemahan seperma suami boleh juga menghalang seperma dari berenang menghampiri ovum…. jika masaalah lemah ini, perbanyakkanlah berzikir dengan zikir Lahaulawalaquaataillabillahilaliyyilazim sekurangnya 7000 x setiap hari dan carilah tukang urut yang pakar…selain itu banyakkanlah memakan zat zat dan sumber makanan@nutrien@jamu yang boleh membantu meningkatkan kesuburan……

Bagi permasaalahan yg disebabkan oleh jin pula, perlulah berjumpa perawat yang mampu mengeluar semua sekali jin jin saka yg menetap difaraj dan seluruh tubuh, Jangan tinggalkan walau seekorpun jin tersebut. Mungkin perawat yang dijumpa mempunyai kaedah meraka sendiri, so tak perlu di huraikan disini…

Ada juga jin jin yg hadir difaraj tersebut hasil dari persihiran, so kalau jin dari punca ini agak sukar dibenteras habis habisan kerana jumlahnya yg kadangkala terlalu banyak, silih berganti datangnya, dan biasanya kalau kes sihir yg menyebabkan menghalang zuriat ini, pihak suami juga perlu dirawat!