Cara-cara Mengenalpasti Waktu Subur

WhatsApp 012 642 4559 Utk Pembelian OPK & UPT
Share

CARA-CARA MENENTUKAN KESUBURAN (Bagi yang period tak tetap boleh cuba)

1. SUHU BADAN Suhu badan akan naik sedikit pada waktu subur disebabkan oleh peningkatan hormon yang mendadak. Kalau rajin, catatla graf suhu badan setiap hari. Cara ni agak leceh dan mungkin boleh jadi tak tepat kerana sekiranya anda demam atau kurang sihat, suhu badan anda juga meningkat.

suhu

 

2. LENDIRAN FARAJ Pada waktu-waktu subur, lendiran faraj lebih dari biasa seiiring dengan pengeluaran hormon yang meningkat. Periksa lendiran tersebut kerana biasanya ianya bermula dengan cairan yang pekat melekit dan setelah melalui beberapa fasa akan menjadi cair dan jernih seperti telur putih, inilah fasa yg paling subur.. AWAS – anda perlu betul-betul mahir membaca pattern cecair faraj ini, sebab berdasarkan pengalaman akak, ada yang tak dapat bezakan keputihan, cecair faraj juga lebihan air mani suami (untuk bezakan kita jumpa di topik seterusnya)

mucus

 

3. GUNA OVULATION TEST STRIP (OPK) Menggunakan evolution test strip mungkin lebih senang dan tepat untuk mengesan hormon Luteinizing Hormon (LH) di dalam urin. Ia membantu meramal masa ovulasi dan puncak kesuburan. Keputusannya cepat dalam masa lima minit keputusannya keluar dan ketepatannya menghampiri 99%. Bentuk dan rupa test strip ini lebih kurang sama dengan test strip yang lain.

Bagaimana strip ini berfungsi? Luteinizing Hormone (LH) dalam kuantiti yang tinggi menyebabkan proses ovulasi (pelepasan telur atau ovum dari folikel ovari). Semasa kitaran haid hanya sejumlah kecil LH terhasil, tetapi di pertengahan kitaran LH akan meningkat dgn dramatik. Peningkatan ini dipanggil “LH surge” dan mendahului ovulasi. Conception berkemungkinan besar akan berlaku dalam tempoh 36 jam selepas “LH surge”.  Ujian Ovulasi LH  direka khusus untuk mengesan “LH surge” anda pada masa apabila anda mungkin ovulasi. Jika anda menerima positif pada ujian LH, anda berada dalam fasa yang paling subur anda kitaran haid anda.

Dimana mahu mendapatkan test strip ovulasi ini? Ianya banyak dijual di farmasi-farmasi tetapi harganya agak mahal. Anda boleh dapatkannya dari kami, free consultation dan guide selepas pembelian. Ramai yang telah hamil dengan izin Allah SWT.. Testimoni Berjaya Hamil Dengan OPK

ovul1

ovul2

ovul3